Sabtu.. 28 Nov 2009
Gambar semasa Opening Ceremony kat Nihon Canpack, waktu nie kami baru lepas seminggu bertunang... kami bertunang tak lama dalam 6 bulan jer kot.. pastu terus langsung...Pejam celik2 dah mencecah 11 tahun hasil perkongsian hidup Ita dan my hubby Fazly.. cepat tul masa berlalu... Hasil perkenalan kat Nihon Canpack, Batu Gajah somewhere tahun 1997 membuahkan ikatan kami...
Sepanjang tempoh 11 tahun nie macam2 ada.... faham2 jer la yer... hidup berumah tangga, kalau tak gaduh biler nak mesra yer tak?? ha..ha.. sebenarnya ini semua mematangkan Ita dalam kehidupan..
Hasil perkahwinan... kami dikurniakan seorang puteri Nur Arisya Nasuha yang dah nak masuk 10 tahun...
Walaupun pernah gak bersebut by my hubby nak dapat baby boy, tapi kami redha dengan apa yang ada, insyaallah mungkin belum rezeki lagi kot...
Jom kita view gambaq kenangan...
Kat Nihon ni la kami first2 jumpa, masa tu Ita tengah nak interview... ha..ha... kenangan2, ntah macam mana dier ada lak kat kabin tu.. main mata la jap.. hi..hi..