Situasi Yang Tak Sama..

Jumaat.. 29 April 2011..

Insyaallah kalau takde aral melintang Ita akan balik ke kampung pada esok tengahari, sebab cuti kan, namun keseronokkan balik kampung kali nie tak seperti sebelumnya, kalau dulu tak sabar2 nak balik, 2 hari sebelum pun dah pack baju, pastu dah bincang dengan En. Suami nak balik Siputeh berapa hari, nak balik Chemor berapa hari.. tapi sekarang tak kisah nak balik mana pun dah..

Keadaan yang amat2 berbeza.. sedihnya.. (sambil type sambil bergenang air mata) Ya Allah kuatkan hatiku Ya Allah..)

Buat Nor dan Ida, kami balik kali nie, tak dapat melawat tau, kami akan balik lagi purposely nak lawat korang berdua tau... insyaallah takde apa dalam 14hb May nanti, sebab kali nie ada beberapa perkara yang terpaksa kami settlekan..

Inilah kali pertama Ita balik selepas arwah mak meninggal, tak tau macam mana la nanti.. takde dah siapa nak lambai kat pintu pagar masa kami nak balik KL, takde dah siapa yang sambut kami balik dari KL, takde dah masakan2 mak untuk kami.. sedihnya..

Till Then..

Genap 6 tahun..

Jumaat.. 29 April 2011..

Pada 24hb April, Ahad lepas genap 6 tahun arwah abah Saad bin Hj. Long meninggalkan kami.. semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan arwah bersama-sama orang yang beriman.. Amin..

Till Then..

Sekejap Saja Masa Berlalu...

Jumaat.. 29 April 2011..

Hari nie dah masuk hari ke 37.. arwah mak Che Siah Binti Hj. Ahmad meninggalkan kami sekeluarga.. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah bersama-sama orang-orang yang beriman.. kalau mana-mana kawan-kawan yang masih belum tahu, Mak Ita telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mar 2011 jam 3.45 petang.. bersamaan dengan hari Jumaat..

Berat hati Ita nie nak menerima pemergiannya, namun Ita percaya ini adalah ketentuan Allah SWT, dan sudah tiba masanya mak pergi meninggalkan kami.. sedihnya sampai sekarang Ita rasa.. mak paling rapat dengan Ita apa jua persoalan baik kecik sampailah ke besar semua Ita citer..

Terima kasih pada teman-teman rapat my BFF yang sering kali hantar sms dan call sepanjang arwah terlantar di hospital Ipoh bertanya khabar.. Sayang korang semua, Yanti, Nor, Ida, Atun dan Noorzi...

Till Then..

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers