Kunjungan Si Dia

Selasa... 8th Jan 2013


Rabu lepas, anak sedara Ita, Aifaa datang rumah, dia sedang tunggu SPM, tapi sekarang nie abahnya suh dia belajar keta dulu, oleh kerana kelas drivingnya akan start 14hb, so Ita ajak la dia dtg sini, jalan2 dan boleh hilangkan boring..

Kalau dulu setiap cuti sekolah, mereka 3 beradik memang datang ke rumah Ita untuk menghabiskan waktu cuti sekolah mereka, tapi sekarang yang abang sulung Arief dah kerja kat Langkawi, yang kedua belajar kat Kolej Agama di Kuala Kangsar, tinggallah Aifaa, yang semestinya tahun depan tak datang gak lagi umah Ita sbb either masuk U atau kolej atau kerja..

Nampak.. masa berlalu meninggalkan kita.. tanpa kita sedari.. sekejap je dah masing2 bawak haluan sendiri, meneruskan kehidupan masing2.. Diam tak diam nanti Nasuha pun macam tue..

Ambil iktibar untuk spend time with my daughter.. supaya nanti tak rindu sangat..



Till Then,

Jumaat... 4th Jan 2013

Anda pernah lihat logo2 ini??


         


Sekarang nie dah ada macam2 cara berkomunikasi kita, yang berbayar ada, yang free ada.. skang ramai jugak yang pilih untuk berhubung secara percuma, mudah semua di hujung jari anda..

Tapi bagi ibu bapa macam Ita nie yang anak semakin meningkat remaja, memang sentiasa ingatkan diri untuk berbual, menanyakan kegiatan, apa yang dia buat seharian, sapa kawannya, dan Alhamdulillah komunikasi kami berdua masih lagi rapat, so far Nasuha kurang pergaulan luar, harapan ianya akan berkekalan hinggalah besar, bukan Ita control kegiatannya mungkin dari kecil sebab dulu kami nie duk kat apartment, jadi memanglah Nasuha sangat2 kurang keluar berjalan apatah lagi dengan kawan2, kalau nak keluar tue memang dengan Ita atau keluarga terdekat sahaja..

Jadi ianya telah berlarutan sehingga kini, kalau nak keluar setakat dekat bawah2 tue mmg jauh sekali, kalau keluar sekali pun terus ke tempat tertentu sahaja..

Ita tak melarang jika pada masa dan ketikanya dia akan keluar dengan rakan2 perempuannya, cuma kenalah dengan masa dan ketikanya, dan kita perlu tahu dengan siapa dan kemana tujunya mereka..

Ita tak pasti sama ada pendekatan yang Ita ambil ini betul atau salah, namun sehingga kini, Ita selalu menerangkan kepada Nasuha mengapa ada sesetengah itu, Ita tak benarkan dia buat, pergi dan sebagainya..

Sebab kita dulu pernah muda, kita pun pernah teringin nak pakai, nak pergi dan merasai perkara2 yang duk ada sekarang ini, cuma mungkin dulu pendedahan tidak secanggih sekarang..

Tapi bagi Ita dan menerusi pengalaman Ita, kawan2 dan ibu bapa adalah faktor penting dalam mencerminkan siapa kita dan cara kita membawa diri kita..

Alhamdulillah.. my BFF adalah yang terbaik yang pernah Ita dapat sebagai kawan, sehingga kini hubungan kami masih terjalin dan insyaallah akan kukuh hingga hujung nyawa..

Amin..


Till Then..


Tahun Baru 2013

Khamis.. 3rd Jan 2013..

Alhamdulillah.. Masih lagi diberi Allah kesihatan yang baik2 untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga, kawan2, sanak sedara.. Doa Ita untuk tahun 2013 ini, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada Ita sekeluarga..

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.. Sekiranya ianya perkara baik, maka adalah rezeki.. dan sekiranya ianya perkara yang kurang baik, semoga Allah redhakan hati Ita, dan kuatkan semangat, iman Ita untuk menempuhinya..

Sudah 8 tahun Arwah Abah Saad B. Hj. Long meninggalkan Ita sekeluarga, dan sudah 2 tahun Arwah Mak Che Siah Bt. Hj. Ahmad pergi ke hadrat Ilahi..

Semoga roh kedua ibu bapa kami dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan diampunkan segala dosa mereka..

Tahun 2012 meninggalkan Ita dengan banyak kenangan, Ita berpindah 2 tempat kerja, dari Future Text Publications, kemudian ke Floor Depot (selama 5 bulan) dan kini World Health Organisation (WHO).. semoga rezeki Ita kekal di sini.. Amin..

Anak Ita Nur Arisya Nasuha kini telah masuk 13 tahun, makin besar, dan bermaksud dah makin tua kami suami isteri.. Allah belum kurniakan lagi rezeki untuk anak yang kedua, insyaallah mungkin Allah ada perhitunganNya..

Sebagai hamba Ita akan memohon dan berdoa moga2 ada perkara2 istimewa untuk kami sekeluarga..

Encik Suami masih di company yang lama, membuatkan dia terpaksa travel, tapi Ita redha dan ok dengan schedulenya, kerana perginya pun tak lama, orang kata sayang isteri tinggal2 kan.. hi.. hi..

Alhamdulillah.. perkahwinan kami telah hampir 15 tahun, pejam celik pejam celik tak sangka dah sebegini jauh perjalanan hidup kami.. Nak kata kalau tak bergaduh suami isteri tue, tipu la, mesti ada, cuma cara menanganinya yang berbeza.. kalau dulu ita membalas percakapan (when quarrel) tapi kini dah pandai untuk diam dan membisu, biar reda...

Encik Suami pun sama, kami dah sama2 belajar erti bertolak ansur, hormat menghormati dan cuma memahami akan nilai sebuah perkahwinan..

Bukan mudah untuk menerajui alam perkahwinan.. janji suami isteri tersebut, sama2 inginkan yang terbaik untuk keluarga dan anak2, doa yang terbaik kepada Allah, insyaallah ada jalan keluarnya..

Dapatkan nasihat dan panduan dari kawan2 yang benar2 ingin membantu esspecially your BFF yang benar2 kenal kita..


Till Then..

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers