Cerita2 Semasa Balik Kampung..

Selasa.. 3hb May 2011

Salam semua.. kalau ikutkan hari nie la hari yang ke 40 hari Arwah Mak Ita.. namun abang Ita (yom) dah buat kenduri tu lebih awal pada 28hb April 2011 yang lepas bertempat di Masjid Balai Polis Batu Gajah.. Alhamdulillah ramainya juga yang hadir..

Dah selesai dah kenduri untuk kedua ibu bapa kami Allahyarham Saad Bin Hj. Long dan Allahyarhammah Che Siah binti Hj. Ahmad..

Balik kampung ari tue in stead balik ke Siputeh, Ita balik ke Chemor, tidur sana semalam, pastu petang Ahad tu Ita balik ke Siputeh, tup2 jumpa plak Abang no-2 Ita (nyah) kat kedai makan, awalnya nyah kata tak nak balik.. so tidoq la kat umah dier, ingatkan tak nak tidoq tadi kat Siputeh.. nak pi saja rumah arwah..

Ita pi rumah arwah mak, Amy yang sambut.. hu..hu.. berderai air mata, wajah Amy ceria bila tengok kami balik, la nie dia la yang duk kat umah tue.. Ita masuk umah, lagi la meleleh, masuk plak bilik arwah.. sedihnya.. rasa.. mungkin sebab inilah kali pertama Ita balik rumah selepas arwah meninggal.. Malam tu Ita pi umah yom saja melawat, tak pernah dibuatnya.. hu..hu... sebelum nie kalau mak ada Ita memang kat umah mak jer, yom yang datang... tapi sekarang dah lain, maklum la yom yang paling tua, so sekarang kena ubah sikit..

Pagi Isnin tu, Ita pegi ziarah pusara arwah mak dan abah.. insyaallah nanti Ita akan balik lagi ke kampung...

Till Then...

No comments:

Post a Comment

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers