Nak Cari Kerja dan Nak Cari Kerja..

Rabu... 28th Sept 2011

Semalam Ita cuti, ada hal yang perlu disettlekan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Ita skang sibuk duk cari kerja lain, kesnya sebab Insyaallah kalau takde aral melintang Ita akan berpindah dalam sebulan dua nie, so, travelling dari rumah Ita ke ofis jauh dan ada tol!! kuik.. kuik...

So Ita pun berfikiran akan cari kerja area2 Puchong, Seri Kembangan atau Putrajaya/Cyberjaya.. hmm.. hmm.. nasib baik study dah nak abis, lagi dua paper jer, hope so dapat la Ita kerja erk, boleh la save sikit kalau tak sakit ooo..

Nasuha memang confirm akan tukar sekolah tahun depan, so dia akan bersekolah di sekolah baru nanti semasa Tahun 6, some where dekat2 dgn umah.. ada dua sekolah dekat2 situ..

Semoga tahun 2012, memberi pengharapan yang baru buat Ita sekeluarga, walaupun masanya agak jauh lagi, dan anything can happen, tapi kita sebagai manusia perlu merancang dan berdoa utk perkara yang terbaik buat kita.

Insyaallah kalau diizinkan Allah SWT, Dia akan kurniakan.. Allah Maha Adil, Maha Mengetahui perkara2 yang terbaik untuk hambaNya...

Amin..

 Till Then..

Suka setting Blog yang baru nie....

Jumaat... 23th Sept 2011

Salam semua.. Jumpa lagi kita yer, Ita nulih kali nie sebab seronok dengan setting baru blogspot nie.. senang dan lebih mudah dari dulu.. Best!! Seronok tengok kawan2 Nor, Yanti dan Ida beraya bersama.. hu..hu.. Ita dan Atun jer yang jauh nie ha, dapat pandang2 dan jeling2 jer... huawah.. huawah....
Takpe insyaallah kalau takde aral CNY nie as usual yer, kita reunion lagi erk...


Till Then...

Selamat Hari Raya 2011...

Jumaat.. 9hb Sept 2011
  
Salam Jumaat kepada semua blogger2, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin... Lamanya tak masuk dan menaip kat sini, tapi apakan daya tak banyak citer sangat la nie.. hi..hi..
Tahun nie raya Ita sunyi tanpa ibunda di sisi, tapi alhamdulillah kami adik beradik masih berkumpul untuk berbuka puasa bersama2 walaupun pada hari raya tue, Ita tak sempat berjumpa dengan abang sulung a.k.a. Yom, kerana dia pulang ke kampung isteri di Taiping..

Ita masih pulang dan tidur di rumah arwah mak, sedihnya masih ada tapi Ita redha akan perkara yang terjadi, bak kata abang Ita kita semua akan menempuhinya, cuma bezanya lambat atau cepat sahaja..
Tahun nie takde lontong mengiringi juadah raya kami seperti kebiasaan, kalau tidak itulah yang menjadi santapan kami adik beradik.. Kenangan bersama arwah mak dan arwah abah masih terpahat di ingatan..
Kebiasaan lemang akan dibeli manakala rendang ayam akan disediakan oleh arwah mak.. lontong menjadi juadah utama..

Raya tahun nie, kakcik beraya di kampung Penang dengan satu-satunya kakak mak yang tinggal iaitu Mak Ngah, bersama Amy, Nyah dan family beraya di Bemban manakala aku dan family beraya di Chemor, raya kedua baru Ita pulang ke Siputeh..
Coretan untuk kali nie tak diselitkan dengan gambar yang akan menyusul kemudian. Cukuplah dulu sekadar tinta untuk bacaan hari muka..
  
Till Then..

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers