Showing posts with label Nasuha's Story. Show all posts
Showing posts with label Nasuha's Story. Show all posts

Alhamdulillah...

Isnin.. 26th Mar 2012..

Lupa pulak nak citer.. Ita tak pasti sama ada anda semua perasan ke tidak yang my daughter tue dah berubah wajah.. a.k.a. bertudung, actually it's start masa cuti sekolah tahun lepas, 2011, dengan tiba2 satu hari tue masa Nasuha dan Aifaa my usual niece yang mmg selalu dtg ke rumah waktu cuti sekolah, nak ikut Ita pi office, Nasuha menyuarakan yang dia nak pakai tudung, memang Ita ada bersebut pada Nasuha yang rambut itu salah satu dari aurat wanita, since dia pun dah 'besar'kan,

Itulah orang kata hati manusia hanya Allah SWT saja yang boleh gerakkan sama ada menuju ke arah kebaikan atau pun sebaliknya.. Kita sebagai parents perlu berdoa dan membimbing mereka ke arah yang betul.. Ita juga still memperbaiki diri Ita to be one of muslim yang bertaqwa kepadaNya...

Alhamdulillah.. doa Ita dimakbulkan.. Semoga Nasuha anak yang soleh, dan berbudi pekerti yang baik yer.. Nanti doakan tuk ibu dan abah yer...

Gaya terkini..

Rabu.. 21st Mar 2012..

Nie semasa gi Alamanda 2 minggu lepas, baru beli cap tu pun atas permintaan, nak try pakai katanya.. macam2 la skang nie, agaknya teringin duk tengok owang pakai kan?? Tapi lepas tue, kuar jenjalan dah tak pakai, pakai tudung biasa tu la.. tak pe la nak.. janji merasa..



Her New Style...

Isnin.. 12 Mar 2012

Her new style.. dah beso la katakan, skang nie dah cerdik nak bergaya-gaya nie, yang nie pun dia yang nak kan, uish.. jenuh.. anak dara Ita sorang nie.. semoga menjadi anak yang baik, berjaya dan berahklak ye sayang...




Till Then...

Nasuha 10th Birthday Party

Selasa... 30 Mar 2010

N3 kali nie sekitar Nasuha 10th Birthday Party yang berlangsung kat USJ 1, Subang Jaya atas ofis Ita jer.. hi..hi.. save budget on renting occassion place..

Terima kasih kepada Abg Din & family, Adreena, Wati, As, Liana, Rahman, Kak Mah & Family, Nasuha Friends, Mak Uda & Family yang sudi hadir ke birthday party Nasuha semalam, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kerana memeriahkan majlis tersebut.. Mohon maaf if our hospitality kurang memuaskan.. Thanks a lot!!!!!

Yang mana tak dapat dtg tu, lain tahun kita gather2 lagi erk...

Jom layan gambar...

Present..
Guest...
Makan2 time..

Tiup lilin time..

Happy Birthday!!!!!!!

Isnin.. 29 Mar 2010


Happy Birthday buat My Lovely Daughter Nur Arisya Nasuha binti Fazly Shah..

Pemberian yang amat bermakna buat ibu dan abah dari Allah SWT... Di sini ibu dan abah nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Ke 10 tahun yer sayang.. Even though abah takde kat sini tuk celebrate birthday Nasuha tapi abah dah wish birthday kat Nasuha malam tadi kan??

Sekejap jer dah 10 tahun anak ibu nie.. rasa baru jer lagi ibu deliver Nasuha kat Hospital Batu Gajah, Perak pada jam 6.54pm tanggal 29 Mar 2000.. Alhamdulillah delivery yang agak mudah dan takde komplikasi.. walaupun masa tu ibu hanya ditemankan oleh Arwah Pak Tok, Mak Tok get ready kat rumah dan abah pula on the way balik dari Nilai, Negeri Sembilan.. Alhamdulillah dengan kehadiran My Little Princess nie nampak rezeki Ibu dan Abah bertambah.. ada peningkatannya.. Itu la dikatakan rezeki anak kan??

Semoga Nasuha menjadi anak yang baik, bijak dan solehah.. dengar kata Ibu dan Abah yer.. Belajar rajin2 tau..

We Luv U So Much!!!

Majlis Birthday Fatiya..

Khamis... 4 Mar 2010


Gambar2 di atas nie adalah sekitar Birthday Party Fatiya sekitar tahun 2006.. ha..ha.. 4 tahun yang sudah da... Ianya disambut kat Multipurpose Hall kat Court Ita gak, Court 9.. kitaowang kiranya berjiran la, tapi lain2 building yang boleh rapat tu dulu Nasuha dan Fatiya duk nursery yang sama...

Reason lambat kuar gambar nie adalah:-

1) Masa tu Ita takde Blog...
2) Baru terjumpa gambar2 lama nie...
3) Ha..ha.. dan last but not least nak cuba teknik2 yang baru belajar dari "Photoscape" hasil information dari Nor nun di Toyama, yang kini sedang sibuk packing mempacking tu..

Anyway, Layanzzzz.....


Bye & Luv U All!!!

Mengimbas Kenangan.. (Part 2)

Selasa.. 2 Mar 2010

N3 nie sessi mengimbas kenangan lagi.. ha..ha.. masa nie tahun 2006, dah 4 tahun gak la.. Nie masa pergi melawat Aquaria KLCC,

Jom tengok gambar..


Gambar nie kat restoran dekat Aquaria KLCC tu... Ita crop kan gambar Suha jer tu yang nampak senget sikit tu..
Gambar Suha 2..
Gambar Suha 3..
Gambar Suha 4..
Gambar Suha 5..
Gambar Suha 6..
Gambar ikan Jaws!!!
Gambar ikan Jaws 2..
Gambar monkey... monkey ker??
Gambar sesumpah!!!
Gambar katak!!
Lagi2 gambar Suha.. habis tu dier je yang kecik antara ibu ngan abah dier, then nak ambik gambar sapa lagi.. satgi kalau mak ngan pak yang terlebih posing, orang kata terlebih pulak!!

Itu la sekitar jalan2 4 tahun sudah di Aquaria KLCC..

Salam semua & Luv U All!!!

Mengimbas Kenangan.. (Part 1)

Khamis... 18 Feb 2010

N3 kali nie adalah untuk mengimbas kenangan silam.. tahun 2006.. Uuii.. dah 4 tahun tu..

Gambar2 nie diambil sempena Concert Kindergarden Nasuha.. Masa nie mana la Ita tahu menahu tentang blog2 nie.. masa tu tak ambik port langsung.. jadi gambar yang diambik pun lebih kurang je.. sayang2.. kalau sekarang hhmm.. jangan ingat la...

Jom kita view gambar..
Nasuha tengah buat presentation..
Lagi aksi2 Suha..
Nasuha dan Raja...
Alahai anak ibu...

Gambar suha kat belakang stage lepas make up nak buat presentation...
Gambar Suha dengan geng2nyer, Raja dan sorang lagi tu tak ingat la pulak.. he..he..
Anak Ibu dah graduate.. sorry Suha baru sekarang Ibu nak publish he..he..
Di antara parents2 yang datang...
Nie la tahun terakhir Suha sebelum menjejakkan kaki ke sekolah sebenar... Naik Tahun 1...

Nanti akan disusuli dengan aktiviti2 masa silam yang lain yer.. Sorry la kalau Ita publish N3 nie terlambat ha..ha.. dah 4 tahun tu.. sat gi ada lak kengkawan yang gelak.. Nie pun salah satunya sebab nak buat kenangan di kemudian hari...


Bye & Luv U All!!!

Nasuha Tak Pergi Sekolah!!!

Isnin... 1 Feb 2010

Nasuha coti dari ke sekolah hari nie, badannya dah tak berapa panas, tapi Ita suruh dier rehat dulu kat rumah.. at least dier leh recover dulu sebelum terdedah pada panas yang terik tu.. Sekarang nie tahap panas kekadang tu sangat memeritkan...

Tadi dah call sekolah dan minta pejabat inform kat guru kelasnya.. tapi cam mana pun nak gak tulis surat.. Tapi sayang gak sebab azam tahun nie tak nak Suha tak gi sekolah.. Kalau boleh biar penuh jer kedatangannya.. Tapi nak buat camner dah demamkan??

Pagi tadi Ita dah bagi makan roti, adalah makan dua mulut pastu tak nak dah.. Dia kata sakit2 badan, biasa demam segala urat belikat semua ar sakit tu..

Anyway, hati Ita lega jugak biler kepanasan badan Nasuha dah berkurangan, semalam sembang ngan hubby dan ceritakan keadaan Nasuha, hubby suruh bagi pakai baju dier yang ada belakang pintu bilik tu, tak basuh lagi.. (masih bersih la kiranya.. ha..ha..) memang sengaja tinggalkan baju tu tak basuh kot2 ada apa kan?? Sepanjang malam semalam Ita duk check suhu Nasuha berkurangan and maintain.. sebab pakai baju tu ker? Mungkin kebetulan..

Sebab dulu bila mak ngan arwah abah jaga nasuha (masa baby) kat kpg, cam tu gak kalau dier demam mak akan bagi baju Ita untuk dier peluk.. mak kata kalau kita ingat dier, dier pun akan demam gak..

Tak tau la kebetulan mungkin.. tapi inilah petua orang tua2.. Ita just ikut sebab semlm MIL and my mom call tanya condition Nasuha..

Anyway petua org2 tua + ubat-ubatan + doa = Moga Nasuha sihat (Insyaallah.. Ameen)

Nasuha Masih Demam...

Ahad.. 30hb Jan 2010

Terima kasih kepada kengkawan yang tanyakan condition Nasuha baik dalam blog mahupun dalam FB.. Appreciate sesangat..

Update terkini condition Nasuha, nak kata badannya panas sesangat tak jugak.. lepas Ita mandikan dengan air sejuk, temp akan turun, pastu dalam 1/2 hour akan panas balik tapi cam dedar jer, pastu bagi makan ubat Nasuha akan sweating, tapi tak lama lepas tu akan panas balik..

Basicly Nasuha tak cure sepenuhnya.. dan ini yang membuatkan Ita risau nak suruh dier gi sekolah esok.. Basicly Ita cakap pada dier esok gi sekolah tau.. sebab tak nak biasakan dier ponteng sekolah tahun nie walaupun disebabkan demam, tapi hati ibu nie rasa cuak pulak, takut dier akan demam balik selepas terdedah dengan kepanasan sekarang nie.. kita yang sihat nie pun kekadang tak tahan, apatah lagi dier yang tak berapa nak sihat tu..

Ita akan tengok condition dier sehingga pagi esok, kalau tak ok gak mungkin Ita akan bawak dier ke hospital, nak check darah.. sebab ari tu doc ada cakap tentang demam denggi.. risau pulak.. selalu gak check kat badan dier kot ada bintik2 kecil seakan ruam..

Hope so tak melarutla demam dier sampai ke tahap denggi.. risau gak nie..



Nasuha Demam Hari Nie....

Jumaat... 29 Jan 2010

Malam tadi sebelum masuk tidur just check Nasuha tup2 terkejut bila rasa badan dier panas.. Adoi! Demam ke pulak anak dara nie? Cepat2 gi cari ubat dalam fridge.. alamak Ita dah buang la sebab dah lama ubat tu tersimpan.. Owang kata kalau ubat lama2 sangat nanti tak elok.. sebab tu Ita buang lagipun dah lama Nasuha tak demam.

Pastu fikir2 camner yer?? Jam dah tunjuk pukul 12.30 malam.. Apa nak buat nie?? Check kool fever pun takde.. dah abis

Ita fikir tak leh jadi nie kena kuar gak, sebab tak kan nak biarkan dier tidur tak makan ubat bukan leh baik..

Ita ambik kunci kete, pastu drive gi ke 7E.. Ita beli Panadol Syrup, Kool Fever, Air Badak dan 100 plus.. Lega bila semua dah ada dalam tangan..

Cepat2 balik rumah dah arrange untuk Nasuha makan ubat, kool fever tu lekat kat dahi dier, air badak suruh dier minum setengah botol dan 100 plus suruh dier minum gak for energy, takut dier kekeringan sebab badan panas kan.. Pakaikan baju sejuk tu.. dan suruh dier tidur..

Pagi nie panas lagi badan dier, so tak ke sekolah lah.. anyway Ita bawak der datang ofis suruh dier tidur dalam bilik.. takkan nak tinggalkan kat rumah kan?? Nanti apa2 jadi susah lak..

At least kat ofis ada depan mata.. Sebab kat ofis kelengkapan cukup.. ok jer.. dan selesa..

Pagi nie belum bagi makan ubat lagi.. Ubat dan semua kelengkapan yang beli semalam dah bawak..

Jam 10.30 tadi bawak dier gi klinik, doktor dah bagi ubat, doktor kata suruh monitor, sebab badan dier sangat panas.. kalau tak baik gak kena gi hospital takut kena denggi.. sebab kat Selangor nie jenuh kes denggi katanya.. balik dari klinik tadi gi beli nasi dan sup, ingatkan nak cari bubur, tapi takde jual lak so Ita beli la sup, Suha dah makan dan bagi makan ubat dan sekarang tidur..

Ya Allah! Janganlah bagi sejauh tu melaratnya demam Suha, kalau demam biasa ok lagi..

Moga Suha cepat sihat yer sayang... Risau ibu..


Aktiviti Terbaru Nasuha.....

Jumaat.. 15 Jan 2010

Salam semua...

Semalam Ita tak bersiaran..

1) Sebab sibuk la jugak...

2) Kira sekarang nie Ita dah kering cerita dah.. asyik dengan rutin harian jer..

Bukan apa takut sat gi duk citer hal Ita seharian tu kowang boring lak... sebab tugas2 tu memang tak leh nak lari, mesti kena buat.. ... hantar anak, ambik anak.. tu la kerja kalau dalam minggu sekolah.. jadi takde la cerita2 gi jalan ker? gi makan ker?? ha..ha.. macam dulu2..

Semalam Nasuha balik sekolah bawak satu borang katanya nak masuk Taekwando.. tengok Nasuha tu cam lengai jer.. boleh ker?? sat gi kena sedebik takut nangis lak..

Balik rumah tanya pendapat hubby.. hubby kata biarlah dier masuk.. dah lama dah Nasuha duk minta nak masuk..

Memang betul Nasuha dari darjah 2 lagi nak masuk, tapi Ita tak bagi sebab takut dier tak mampu.. satgi awai2 jer bersemangat pastu hilang, tapi la nie tengokkan pada badan dier.. kira ok la kot..

Nasuha memang tak dinafikan kurang aktif dalam aktiviti sukan... dulu cikgu suruh main futsal pun tak nak.. so bila hati dier terbuka nak join taekwando rasa sian pulak kalau tak bagikan??

Jadi Nasuha bawak la form tu ari nie ke sekolah untuk register, Ita dah ambik gak phone no, kat form tu sat gi nak call dan tanya, tentang yuran, tentang baju dan tentang aktiviti dier...

Bye & Luv U All!!!!!




Alhamdulillah!!!! Selesai...

Rabu.. 23 Dec 2009

Pagi tadi dah beli dah buku Nasuha tuk Tahun 4.. buku tulis jer.. sah2 buku teks dapat free.. kalau kena bayar pening gak pala nie.. check malam semalam ada lagi buku tulis Nasuha tahun lepas yang tak habis guna.. so pagi tadi.. beli kuantiti tu dah siap tolak dah dengan yang ada..
semua RM65.20.. Lain2 kelengkapan Suha.. weekend nie kot baru nak beli.. nak cari kat Mid Valley... last year beli kat sana setahun leh pakai.. tak koyak2 walaupun Ita basuh mesin.. hi..hi..

Yang tu father dier lak kuar belanja.. Nasuha kisah pun tak bab sekolah.. semua owang lain fikir.. mungkin sebab dah tahun ke 4.. kalau Tahun 1 mesti excited giler kan??

Tahun depan Nasuha nak kena push harder.. sebab lagi 3 tahun jer nak UPSR.. Sebelum nie asyik main jer... Suha.. Suha..

Sukaneka dan Futsal Sekolah Suha...


Khamis... 19 Nov 2009

Hari Sabtu lepas.. 14 Nov 2009, kat sekolah Suha ada Sukaneka dan Perlawanan Futsal. Nasuha tak masuk, Ita pergi pun nak tumpang seronok2.. lagipun bukan jauh dari rumah dalam 5 min dah sampai... mai kita layan gambaq....

Sepanjang perlawanan futsal ari tu.. tengah bincang apa tu??? Strategi ker???

Aik??? Cam ada yang tak kena jer???


Lihatlah perbezaannya!!! Nie kawan sekelas Suha tau... Fatin dan Zubaidah...

Yang nie Miera dan Abigail.. Abigail bakal jadi pengawas tahun depan dan transfer class kepada yang lebih baik.. Suha pulak?? jatuh class sama la ngan member2 baik dier.. ehm... kita kena pulun kuat sikit tahun depan nie... ok suha!!!

Nie kawan Suha tapi yang pakai spek tu darjah 5, dulu Suha stay kat rumah depa.. mak dia baby sitter... yang lelaki tu adik dier.. yang 2 lagi tu tak tau pulak..

Mari Membatik....

Sabtu.. 14 Nov 2009

Mari kita membatik!!! Sapa2 yang rasa nak tempah kain tuk baju raya kena la order awal2... takut sok tak dapat lak!! Ha..ha... Habis tu tukang chanttingnyer (betul ke eja??) sowang jer.. Sebenaqnyer nie gimmick jer.. Nasuha beli masa Hari Kanak2 Sedunia hari tu... (opps.... syok sendiri lak.. Hari Kanak2 sekolah dier) Benda nie dah siap dah.. dilukis atas kain dan tugas dier cuma color jer....

Mai kita tengok apa hasilnyer...

Ibu!! Pandai tak Suha buat???

Chewah!! Color dengan teliti.. teliti punya teliti ada gak yang masuk sempadan...


Ha.. Ha... dah siap pung!!! Sapa mau beli?? Jual murah2 jer... harga kengkawan... siap frame dalam RM2000.... Kalau berminat boleh call Ita yer..... Oleh kerana benda ada satu jer... (kira limited edition la) sapa cepat dier dapat...

Sempena Hari Kanak2 Sekolah Suha.. (Part 2)

Isnin.. 9 Nov 2009


Lagi citer2 sempena hari kanak2 kat sekolah suha.. Suha minta permission nak bawak kamera.. sebab nak snap gambar kenangan katanyer.. Ita fikir balik good idea gak, leh masuk dalam blog.. Ater ibunyer kan dah sibuk dengan blog la nie.. ha..ha.. Berhantu betul blog nie.. tak sah kalau tak tengok sehari especially citer kengkawan yang ada.......


Suha kata kat sekolah dier ari tu ada "miachel jackson" buat persembahan... dier citer ada "entertainer" datang sekolah dier buat gaya "miachel jackson".. tapi Nasuha tak snap gambar lak.. sebab dier kata jauh sangat nak tangkap gambar.. so citer2 jer la yer...


Mai selak gambar...


Ustazah Julaiha yang ajar Bahasa Arab...
Nasuha, Waqiuddin, Miera, Natasha, Abigail...
Guru Kelas Nasuha Puan Asiah.. memang helpful cikgu nie..
Kawan2 sekelas Nasuha..
Cikgu Najib yang tengah makan kek... mengajar Bahasa Melayu
Cikgu Zul yang mengajar Pendidikan Jasmani...
Kathy, Husna, Maisara..
Nasuha kat dalam kelas..

Bye!!!

Sempena Hari Kanak2 Sekolah Suha... (Part 1)

Jumaat.. 6 Nov 2009

Hari nie Hari Kanak2 kat sekolah Nasuha.. jadi Ita terfikir nak bagi something kat kengkawan Nasuha.. bukan apa seronok2 buat depa happy.. Nasuha apa lagi tau jer nak buat terus gesa gi beli barang2... kami beli 4 jenis sweets dan chocolate bar... nasib baik kat sini ada plastik yang dah ready.. cuma perlu masukkan bebarang jer... mudah dan ringkas.. Mai layan gambaq...

Inilah isi gift pack tu..
Rupa gift pack yang kami buat..

Nasuha dan Amin tengah sibuk mengadunkan gift pack tu..


Tekun betul Nasuha buat gift pack tuk kengkawan dier..

Seronok sebenarnya buat gift pack macam tu, tertiba datang lak idea nak buat yang sama tuk adik ipar Wati yang akan bertunang dalam bulan 1 nanti.. dah discuss ngan my hubby dan dier pung setuju... insyaallah, tapi sah2 nak bincang ngan mak mertua dulu la.. kot2 depa dah prepare yang lain lak...



FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers