Showing posts with label My Story's. Show all posts
Showing posts with label My Story's. Show all posts

Oh Gosh!

4th June 2015

I felt fed up, from tonnes of message she only reply one. What have I done? She want to show her dissatisfaction with other people, why she showed it to me. Oh gosh!

I could not tolerate with her attitude, I had took a good care of her, this is way she reply to?

Now it is up to her, if she want to come then she should let me know.

Till Then..

Hmmm....

Thursday.. 27th May 2015

Aku amat mudah melupakan dan memaafkan betapa aku sungguh mudah.. Oh mengapa ini berlaku, ianya akan membutuhkan dia yang ego dan berterusan bersikap sebegitu.. aku ngak suka pergaduhan bermasam muka, ngak aku betah..

Till Then..

Speechless...

Saturday... 23rd May 2015

Sekali lagi aku diherdik, dihina, dicerca, kau membutuhkan untuk aku berubah.. berubah ke arah mana?
kearah kebaikan katamu.. kearah yang bisa hidup tanpa melakukan kesalahan.. itu namanya manusia.. seperti kesalahan yang dilakukan amat besar hinggakan tiada ruang pembetulan, biar hanya aku yang tahu apa kesalahan itu, hanya jika ku war warkan disini ianya bisa mendatangkan jelik si pembaca.

Kini kau akan merasa jasad tanpa roh dariku, tubuh kaku tanya kata2 seperti yang biasa, itu yang kau mahu.. itu yang kau butuhkan bukan?

Till Then...

Speechless...

Sunday... 5th April 2015

Sesungguhnya aku merasa penat, letih, jemu dan muak melayan karenah. Masih tak cukup apa yang aku usahakan? Aku selenggarakan? Masih lagi kau membutuhkan kesempurnaan aku? Bisa kau bedakan aku dengan yang lain? Pernah kau terfikir akan  segala yang aku korbankan selama ini.. ku harungi semuanya sendiri.. tanpa pernah aku mengadu kepadamu.. tanpa aku meminta bantuan..

Namun kini kau ungkit segalanya.. kau kata aku berkira.. kau ungkit segala yang kau berikan..

Walhal itu memang hak aku karena kau mampu.. namun kau ungkit.. kau kata aku enggak bisa bersyukur..

Sedari kau tiada, aku berusaha berdiri atas kaki sendiri, aku harungi segalanya sendiri

Namun kamu ungkit.. kamu ungkit segalanya.. 

Segala caci maki keluar dari kamu,

Kamu perempuan sial.. kamu perempuan bodoh, kamu babi...

Allahuakbar.. Kau kuatkan aku ya Allah mengharungi semua dugaan ini..

Aku memohon padaMu berikan aku kekuatan..

Till Then.

Rafizi Ramli Kena Tahan??

Monday.. 30th Mar 2015

Dunia nie dah berubah, mana yang memperjuangkan nasib manusia lain disumbat dalam penjara, mana yang sembelih manusia lain dijulang bak Raja. Apakah namanya ini keadilan. Sampai mana dan sampai bila kita harus tunduk dengan perkara sebegini, seperti apa yang diperjuangkan oleh Rafizi sekiranya ianya menang hanya diakah sahaja yang akan rasa kemewahannya, hanya dia sahaja yang akan rasa kesenangannya.

Tidak, rakyat semua akan rasa, rakyat semua akan kene tempiasnya, tapi kenapa manusia yang ingin membantu kita, memperjuangkan hak kita, membocorkan kecurangan pemimpin terhadap kita dilakukan seperti itu, seperti dia telah melakukan onar yang besar, seperti dia telah gelapkan wang negara, seperti dia telah ambik hak kita, harta kita?

Orang begitu sepatut kita bantu perjuangannya, sokong pergerakannya bukan disekat, adakah negara ini negara komunis, rakyat tidak boleh bersuara, harus diam kunci mulut, ikut sahaja segala perbuatan pemimpin, tonton sahaja setiap perlakuan hina pemimpin kita meragut segala harta negara untuk kepentingan sendiri, walaupun katanya atas nama negara, kapasiti sebagai pemimpin.

Till Then..

Nasuha's Birthday..

Sunday.. 29th Mar 2015

Selamat Hari Jadi!!

Selamat Hari Jadi kepada Nur Arisya Nasuha binti Fazly Shah yang ke -15 tahun, semoga menjadi anak yang baik. Ntah kenapa aku tak rasa nak wish kat FB, aku tanyakan pada nasuha, nak tak ibu wishkan dalam FB, dia kata tak payah.. Insyaallah aku akan bawa Nasuha dan Aifaa untuk celebrate kat IOI City Mall.

Small gathering between 3 of us. Aku rasa macam nak kurangkan untuk postkan sharing yang rasa tak perlu dalam FB. Biar kita baca apa yang orang tulis, komen sikit itu sudah mencukupi, tak macam dulu semua nak post, semua nak cerita, kita tak pasti ntah orang suka ntah tak, takut post kita itu ada membuatkan hati-hati terasa, wallahualam.

Sekarang aku akan banyak abiskan masa dalam blog lebih bagus dan kurang dapat liputan, sapa buka blog aku,  dia la yang baca.

Till Then...

Catatan 1

Thursday... 5th Mar 2015

Aku rasa nak buat perubahan dalam diri la.. nak berubah kearah kebaikan.. solat takmo tinggal.. dulu dah beriya nak sambung belajaq tiba-tiba aku rasa macam tak mau.. rasa macam dah comfort walhal tak la senang mana.. mmg tak senang pun.. hang kena ingat.. bila2 masa ja.. rezeki nie boleh tak dak.. at least hang kena buat something.. aku la nie duk pikiaq tak mau tengok tv.. aku kalau dapat tv hang kata bukan main lagi lupa semua.. adui... la nie aku dah boleh skoding plak channel cerita cina.. cerita hindi.. instead of cerita org putih.. cerita hindi tue back to back tau.. sku la nie nak pi mandi... nak jaga muka.. muka aku dan naik jerawat yang melimpah ruah.. adui..

Till Then..

Bersiaran dari rumah

Sunday... 17th Aug 2014

Assalamualaikum semua..

Macam mana raya?? Tahun nie "open house" macam kurang sikit.. sekarang nie Ita boleh bersiaran dari rumah sebab rumah dah ada "wifi" yang coverage sangat puas hati..

Kami dah install "unifi" kat rumah.. sangat laju la, jadi boleh la nak bersiaran di rumah compare dari office.. yang sangat2 limited, sebab sibuk dengan tugasan kerja

Rasanya selepas nie kalau tak sibuk selalu la blog nie diupdatekan..

Till Then..

DOA Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Thursday... 5th June 2014

DOA Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Zikir Pelembut Hati - Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz...
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Jom2 ramai2 apply

Tuesday.. 3rd June 2014

Nak share dengan semua tentang info ini.. Sila baca yeah..

Till Then..


http://paultan.org/2014/06/03/new-system-rm5000-full-fuel-subsidies/

Isu lama timbul kembali

Tuesday.. 3rd June 2014

Kengkangan untuk bersuara bagi penjawat-penjawat awam.. Lagi2 isu seperti ini timbul, maksud semua penjawat awam tak boleh nak suara ketidakpuashati merekakah?

Bak kata pepatah tak kan pokok bergoyang kalau takde angin.. maksud kalau berjalan betul tak mungkin orang nak kata, keluaq dah bahasa utara..

Come on la realistic la sikit, sebab tue ramai cerdik pandai keluar negara dan service kat sana, bukan tak sayangkan negara bohong la kalau nak kata gitu, tapinya kecerdikan yang ada tak dihargai, penat la belajar tinggi2 perah2 otak last2 jadi pak turut..


https://my.news.yahoo.com/teacher-under-ministry-radar-facebook-posts-013903205.html

Till Then..

Terkilan

Monday.. 2th June 2014

Terkilan rasa bila pagi nie terima email.. Apa yang "minah X" tu nak Ita pun tak paham.. kenapa yang begitu tragis sekali? Apa la yang selama nie Ita duk sakitkan hati dia? Rasanya tak ada, kalau rasa tak puas hati bersemuka la, jangan nak nayakan orang macam tue.. tak baik..

Ita cuma nak cari rezeki jer kot, yang sampai nak nayakan Ita sampai ketahap tue kenapa? Kalau dasar C*** nie susah nak cakap la kata one of my friends..

Kadang2 tak boleh nak baca apa yang depa fikirkan..

Banyak lagi nak citer nie..

Till then..

Setahun Usia

Friday.. 30th May 2014

Dah lebih setahun Ita bekerja kat sini, Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah biasa dengan kerenah-kerenah rakan sekerja kat sini.. bukan semua yang bermasalah pun ada 2 kerat jer.. tapi yang lain mmg best! Biasa la kita tak boleh nak kaut semua dengan kita yer dak?

Kena biasakan diri dengan perubahan alam sekeliling.. Yang penting dekat ngan rumah dan tak jammed.. Salary wise biasa2 jer.. By the way next 2 month we will move to a new building, yang nie ada yang tak best sikit sebabnya, sebab parking berbayar.. adus.. mgmt tak cover lak tau.. Fikir2 macam nak naik basikal jer dari rumah.. tapi takut berpeluh plak.. hu.. hu.. Ok la nak start kerja la plak..

Till Then..

Lamanya tak menulis

Wednesday.. 28th May 2014

Setelah sekian lama sepi tanpa berita.. hari ini rasanya dah nak start balik memblog la.. walaupun rasanya ramai kawan-kawan yang senyap sunyi, tengok last update blog depa setahun lepas dan ada yang 3 tahun lepas.. tu dia jenuh aih..

Ingatkan nak mulakan dengan cerita2 makanan, resepi2.. untuk tatapan esok2 bila dah tua boleh tengok2 balik

Nak post dulu la

Till then..

New Working Place

Thursday.. 30th May 2013

Alhamdulillah sudah hampir 1 1/2 bulan Ita berada di sini NTT Data Malaysia, semuanya ok2 belaka, kawan2 pun baik, environment selesa yang penting dekat dengan rumah, waktu kerja yang stabil, tak perlu nak stay back, kerja pun under control..

Pendek kata rasa seronok la kerja kat sini, ye la kan dengan umur yang semakin meningkat nie, kalau boleh nak dapatkan tempat kerja yang stabil dan nak settle down jer, malas nak fikir banyak2 dan lompat2 company lagi dah, penet sebenarnya..

Planning Ita skang nie nak sambung belajar lagi, sebabkan kerja yang dah ok, so ada la masa Ita untuk fikirkan benda lain plak.. Sebab belajar nie bukannya boleh ambil mudah kan, commitment yang nak bagi tue agak besar memandang kita sebagai perempuan yang telah berkahwin dengan anak/suami/rumah/kerja jenuh juga tue..

Tapi insyaallah Nasuha pun dah besar sekang ne so senang sikit la..

Till Then...

Doa Awet Muda

Isnin.. 11th Mar 2013

Salam semua..

Hari ini Ita nak share doa untuk diamalkan bagi kita orang perempuan supaya sentiasa awet muda.. daripada kita mencuba botox la, atau ilmu2 yang tidak sepatutnya tue, lebih baik kita menggunakan ayat-ayat Al-Quran kan? Insyaallah sekiranya diperkenankan Allah SWT dimakbulkanlah permintaan kita nie..

Menjaga keharmonian rumahtangga nie bukan sahaja dari luaran, namun dari dalaman juga harus dijaga.. supaya En. Suami sentiasa ingat, kasih dan sayang pada kita..

Tak salahkan amalkan yang baik, bukan untuk orang lain, untuk suami kita juga kan??

Oleh itu.. Selamat Beramal.. (kredit dari google)



Till Then...

Sehangat Asmara

Thursday.. 7th Mar 2013..

Pernah nonton citer nie??? Walaupun dalam Mustika HD dah masuk episod ke 20, Ita secara personally baru ikut semalam iaitu episod yang ke 20 la.. Cantik betul Rita Rudani tue, Masyaallah.. cantik giler suka tengok muka dia, masa tak bertudung cantik, masa bertudung lagi la cantik kemas jer..

Citer nie pun macam best plak, mau lepas nie jadi pengikut setia plak.. Tapi masa Adam & Hawa tak kisah pun nak tengok.. maybe sebab dari awal lagi Ita memang suka dengan Rita Rudaini dan Adi Putra, macam Adam & Hawa, Ita suka Aaron Aziz jer.. hi.. hi..



Till Then..
Jumaat... 4th Jan 2013

Anda pernah lihat logo2 ini??


         


Sekarang nie dah ada macam2 cara berkomunikasi kita, yang berbayar ada, yang free ada.. skang ramai jugak yang pilih untuk berhubung secara percuma, mudah semua di hujung jari anda..

Tapi bagi ibu bapa macam Ita nie yang anak semakin meningkat remaja, memang sentiasa ingatkan diri untuk berbual, menanyakan kegiatan, apa yang dia buat seharian, sapa kawannya, dan Alhamdulillah komunikasi kami berdua masih lagi rapat, so far Nasuha kurang pergaulan luar, harapan ianya akan berkekalan hinggalah besar, bukan Ita control kegiatannya mungkin dari kecil sebab dulu kami nie duk kat apartment, jadi memanglah Nasuha sangat2 kurang keluar berjalan apatah lagi dengan kawan2, kalau nak keluar tue memang dengan Ita atau keluarga terdekat sahaja..

Jadi ianya telah berlarutan sehingga kini, kalau nak keluar setakat dekat bawah2 tue mmg jauh sekali, kalau keluar sekali pun terus ke tempat tertentu sahaja..

Ita tak melarang jika pada masa dan ketikanya dia akan keluar dengan rakan2 perempuannya, cuma kenalah dengan masa dan ketikanya, dan kita perlu tahu dengan siapa dan kemana tujunya mereka..

Ita tak pasti sama ada pendekatan yang Ita ambil ini betul atau salah, namun sehingga kini, Ita selalu menerangkan kepada Nasuha mengapa ada sesetengah itu, Ita tak benarkan dia buat, pergi dan sebagainya..

Sebab kita dulu pernah muda, kita pun pernah teringin nak pakai, nak pergi dan merasai perkara2 yang duk ada sekarang ini, cuma mungkin dulu pendedahan tidak secanggih sekarang..

Tapi bagi Ita dan menerusi pengalaman Ita, kawan2 dan ibu bapa adalah faktor penting dalam mencerminkan siapa kita dan cara kita membawa diri kita..

Alhamdulillah.. my BFF adalah yang terbaik yang pernah Ita dapat sebagai kawan, sehingga kini hubungan kami masih terjalin dan insyaallah akan kukuh hingga hujung nyawa..

Amin..


Till Then..


Tahun Baru 2013

Khamis.. 3rd Jan 2013..

Alhamdulillah.. Masih lagi diberi Allah kesihatan yang baik2 untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga, kawan2, sanak sedara.. Doa Ita untuk tahun 2013 ini, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada Ita sekeluarga..

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.. Sekiranya ianya perkara baik, maka adalah rezeki.. dan sekiranya ianya perkara yang kurang baik, semoga Allah redhakan hati Ita, dan kuatkan semangat, iman Ita untuk menempuhinya..

Sudah 8 tahun Arwah Abah Saad B. Hj. Long meninggalkan Ita sekeluarga, dan sudah 2 tahun Arwah Mak Che Siah Bt. Hj. Ahmad pergi ke hadrat Ilahi..

Semoga roh kedua ibu bapa kami dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan diampunkan segala dosa mereka..

Tahun 2012 meninggalkan Ita dengan banyak kenangan, Ita berpindah 2 tempat kerja, dari Future Text Publications, kemudian ke Floor Depot (selama 5 bulan) dan kini World Health Organisation (WHO).. semoga rezeki Ita kekal di sini.. Amin..

Anak Ita Nur Arisya Nasuha kini telah masuk 13 tahun, makin besar, dan bermaksud dah makin tua kami suami isteri.. Allah belum kurniakan lagi rezeki untuk anak yang kedua, insyaallah mungkin Allah ada perhitunganNya..

Sebagai hamba Ita akan memohon dan berdoa moga2 ada perkara2 istimewa untuk kami sekeluarga..

Encik Suami masih di company yang lama, membuatkan dia terpaksa travel, tapi Ita redha dan ok dengan schedulenya, kerana perginya pun tak lama, orang kata sayang isteri tinggal2 kan.. hi.. hi..

Alhamdulillah.. perkahwinan kami telah hampir 15 tahun, pejam celik pejam celik tak sangka dah sebegini jauh perjalanan hidup kami.. Nak kata kalau tak bergaduh suami isteri tue, tipu la, mesti ada, cuma cara menanganinya yang berbeza.. kalau dulu ita membalas percakapan (when quarrel) tapi kini dah pandai untuk diam dan membisu, biar reda...

Encik Suami pun sama, kami dah sama2 belajar erti bertolak ansur, hormat menghormati dan cuma memahami akan nilai sebuah perkahwinan..

Bukan mudah untuk menerajui alam perkahwinan.. janji suami isteri tersebut, sama2 inginkan yang terbaik untuk keluarga dan anak2, doa yang terbaik kepada Allah, insyaallah ada jalan keluarnya..

Dapatkan nasihat dan panduan dari kawan2 yang benar2 ingin membantu esspecially your BFF yang benar2 kenal kita..


Till Then..

Dah 2 bulan..

 Rabu... 14th Nov 2012

Salam semua, dah lama tak update maklum la dulu tu selama 5 bulan, adalah waktu yang sangat sibuk sekali, tak angkat2 muka buat kerja, skang nie alhamdulillah lega sikit.. Sebabnya dah pindah kerja baru.. kat Cyberjaya lebih dekat dan agak relax sikit la kerjanya..

Skang Ita kerja kat WHO, World Health Organization at Cyberjaya.. Alhamdulillah dekat sikit dengan rumah, kerja dari jam 9 pagi sampai 5.30 ptg.. Sabtu dan Ahad cuti..

Environment kerja ok, kawan ok, Alhamdulillah... Kiranya dah masuk 2 bulan Ita kerja sini...

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers