Isu lama timbul kembali

Tuesday.. 3rd June 2014

Kengkangan untuk bersuara bagi penjawat-penjawat awam.. Lagi2 isu seperti ini timbul, maksud semua penjawat awam tak boleh nak suara ketidakpuashati merekakah?

Bak kata pepatah tak kan pokok bergoyang kalau takde angin.. maksud kalau berjalan betul tak mungkin orang nak kata, keluaq dah bahasa utara..

Come on la realistic la sikit, sebab tue ramai cerdik pandai keluar negara dan service kat sana, bukan tak sayangkan negara bohong la kalau nak kata gitu, tapinya kecerdikan yang ada tak dihargai, penat la belajar tinggi2 perah2 otak last2 jadi pak turut..


https://my.news.yahoo.com/teacher-under-ministry-radar-facebook-posts-013903205.html

Till Then..

Terkilan

Monday.. 2th June 2014

Terkilan rasa bila pagi nie terima email.. Apa yang "minah X" tu nak Ita pun tak paham.. kenapa yang begitu tragis sekali? Apa la yang selama nie Ita duk sakitkan hati dia? Rasanya tak ada, kalau rasa tak puas hati bersemuka la, jangan nak nayakan orang macam tue.. tak baik..

Ita cuma nak cari rezeki jer kot, yang sampai nak nayakan Ita sampai ketahap tue kenapa? Kalau dasar C*** nie susah nak cakap la kata one of my friends..

Kadang2 tak boleh nak baca apa yang depa fikirkan..

Banyak lagi nak citer nie..

Till then..

Setahun Usia

Friday.. 30th May 2014

Dah lebih setahun Ita bekerja kat sini, Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah biasa dengan kerenah-kerenah rakan sekerja kat sini.. bukan semua yang bermasalah pun ada 2 kerat jer.. tapi yang lain mmg best! Biasa la kita tak boleh nak kaut semua dengan kita yer dak?

Kena biasakan diri dengan perubahan alam sekeliling.. Yang penting dekat ngan rumah dan tak jammed.. Salary wise biasa2 jer.. By the way next 2 month we will move to a new building, yang nie ada yang tak best sikit sebabnya, sebab parking berbayar.. adus.. mgmt tak cover lak tau.. Fikir2 macam nak naik basikal jer dari rumah.. tapi takut berpeluh plak.. hu.. hu.. Ok la nak start kerja la plak..

Till Then..

Lamanya tak menulis

Wednesday.. 28th May 2014

Setelah sekian lama sepi tanpa berita.. hari ini rasanya dah nak start balik memblog la.. walaupun rasanya ramai kawan-kawan yang senyap sunyi, tengok last update blog depa setahun lepas dan ada yang 3 tahun lepas.. tu dia jenuh aih..

Ingatkan nak mulakan dengan cerita2 makanan, resepi2.. untuk tatapan esok2 bila dah tua boleh tengok2 balik

Nak post dulu la

Till then..

New Working Place

Thursday.. 30th May 2013

Alhamdulillah sudah hampir 1 1/2 bulan Ita berada di sini NTT Data Malaysia, semuanya ok2 belaka, kawan2 pun baik, environment selesa yang penting dekat dengan rumah, waktu kerja yang stabil, tak perlu nak stay back, kerja pun under control..

Pendek kata rasa seronok la kerja kat sini, ye la kan dengan umur yang semakin meningkat nie, kalau boleh nak dapatkan tempat kerja yang stabil dan nak settle down jer, malas nak fikir banyak2 dan lompat2 company lagi dah, penet sebenarnya..

Planning Ita skang nie nak sambung belajar lagi, sebabkan kerja yang dah ok, so ada la masa Ita untuk fikirkan benda lain plak.. Sebab belajar nie bukannya boleh ambil mudah kan, commitment yang nak bagi tue agak besar memandang kita sebagai perempuan yang telah berkahwin dengan anak/suami/rumah/kerja jenuh juga tue..

Tapi insyaallah Nasuha pun dah besar sekang ne so senang sikit la..

Till Then...

Doa Awet Muda

Isnin.. 11th Mar 2013

Salam semua..

Hari ini Ita nak share doa untuk diamalkan bagi kita orang perempuan supaya sentiasa awet muda.. daripada kita mencuba botox la, atau ilmu2 yang tidak sepatutnya tue, lebih baik kita menggunakan ayat-ayat Al-Quran kan? Insyaallah sekiranya diperkenankan Allah SWT dimakbulkanlah permintaan kita nie..

Menjaga keharmonian rumahtangga nie bukan sahaja dari luaran, namun dari dalaman juga harus dijaga.. supaya En. Suami sentiasa ingat, kasih dan sayang pada kita..

Tak salahkan amalkan yang baik, bukan untuk orang lain, untuk suami kita juga kan??

Oleh itu.. Selamat Beramal.. (kredit dari google)



Till Then...

Sehangat Asmara

Thursday.. 7th Mar 2013..

Pernah nonton citer nie??? Walaupun dalam Mustika HD dah masuk episod ke 20, Ita secara personally baru ikut semalam iaitu episod yang ke 20 la.. Cantik betul Rita Rudani tue, Masyaallah.. cantik giler suka tengok muka dia, masa tak bertudung cantik, masa bertudung lagi la cantik kemas jer..

Citer nie pun macam best plak, mau lepas nie jadi pengikut setia plak.. Tapi masa Adam & Hawa tak kisah pun nak tengok.. maybe sebab dari awal lagi Ita memang suka dengan Rita Rudaini dan Adi Putra, macam Adam & Hawa, Ita suka Aaron Aziz jer.. hi.. hi..



Till Then..

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers