Situasi Yang Tak Sama..

Jumaat.. 29 April 2011..

Insyaallah kalau takde aral melintang Ita akan balik ke kampung pada esok tengahari, sebab cuti kan, namun keseronokkan balik kampung kali nie tak seperti sebelumnya, kalau dulu tak sabar2 nak balik, 2 hari sebelum pun dah pack baju, pastu dah bincang dengan En. Suami nak balik Siputeh berapa hari, nak balik Chemor berapa hari.. tapi sekarang tak kisah nak balik mana pun dah..

Keadaan yang amat2 berbeza.. sedihnya.. (sambil type sambil bergenang air mata) Ya Allah kuatkan hatiku Ya Allah..)

Buat Nor dan Ida, kami balik kali nie, tak dapat melawat tau, kami akan balik lagi purposely nak lawat korang berdua tau... insyaallah takde apa dalam 14hb May nanti, sebab kali nie ada beberapa perkara yang terpaksa kami settlekan..

Inilah kali pertama Ita balik selepas arwah mak meninggal, tak tau macam mana la nanti.. takde dah siapa nak lambai kat pintu pagar masa kami nak balik KL, takde dah siapa yang sambut kami balik dari KL, takde dah masakan2 mak untuk kami.. sedihnya..

Till Then..

No comments:

Post a Comment

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers