Jumaat.. 9hb Sept 2011
Salam Jumaat kepada semua blogger2, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin... Lamanya tak masuk dan menaip kat sini, tapi apakan daya tak banyak citer sangat la nie.. hi..hi..
Tahun nie raya Ita sunyi tanpa ibunda di sisi, tapi alhamdulillah kami adik beradik masih berkumpul untuk berbuka puasa bersama2 walaupun pada hari raya tue, Ita tak sempat berjumpa dengan abang sulung a.k.a. Yom, kerana dia pulang ke kampung isteri di Taiping..
Ita masih pulang dan tidur di rumah arwah mak, sedihnya masih ada tapi Ita redha akan perkara yang terjadi, bak kata abang Ita kita semua akan menempuhinya, cuma bezanya lambat atau cepat sahaja..
Tahun nie takde lontong mengiringi juadah raya kami seperti kebiasaan, kalau tidak itulah yang menjadi santapan kami adik beradik.. Kenangan bersama arwah mak dan arwah abah masih terpahat di ingatan..
Kebiasaan lemang akan dibeli manakala rendang ayam akan disediakan oleh arwah mak.. lontong menjadi juadah utama..
Raya tahun nie, kakcik beraya di kampung Penang dengan satu-satunya kakak mak yang tinggal iaitu Mak Ngah, bersama Amy, Nyah dan family beraya di Bemban manakala aku dan family beraya di Chemor, raya kedua baru Ita pulang ke Siputeh..
Coretan untuk kali nie tak diselitkan dengan gambar yang akan menyusul kemudian. Cukuplah dulu sekadar tinta untuk bacaan hari muka..
Till Then..
No comments:
Post a Comment