Monday.. 30th Mar 2015
Dunia nie dah berubah, mana yang memperjuangkan nasib manusia lain disumbat dalam penjara, mana yang sembelih manusia lain dijulang bak Raja. Apakah namanya ini keadilan. Sampai mana dan sampai bila kita harus tunduk dengan perkara sebegini, seperti apa yang diperjuangkan oleh Rafizi sekiranya ianya menang hanya diakah sahaja yang akan rasa kemewahannya, hanya dia sahaja yang akan rasa kesenangannya.
Tidak, rakyat semua akan rasa, rakyat semua akan kene tempiasnya, tapi kenapa manusia yang ingin membantu kita, memperjuangkan hak kita, membocorkan kecurangan pemimpin terhadap kita dilakukan seperti itu, seperti dia telah melakukan onar yang besar, seperti dia telah gelapkan wang negara, seperti dia telah ambik hak kita, harta kita?
Orang begitu sepatut kita bantu perjuangannya, sokong pergerakannya bukan disekat, adakah negara ini negara komunis, rakyat tidak boleh bersuara, harus diam kunci mulut, ikut sahaja segala perbuatan pemimpin, tonton sahaja setiap perlakuan hina pemimpin kita meragut segala harta negara untuk kepentingan sendiri, walaupun katanya atas nama negara, kapasiti sebagai pemimpin.
Till Then..
No comments:
Post a Comment