Cuti Sekolah 2010

Rabu.. 4th May 2011

Dah lama gambaq nie terperap dlm laptop Ita, sebab dulu cukup susah nak upload gambaq, la nie senang sikit so baru kuarkan yer.. Masa nie kat Empire, Subang Jaya..

Masa Krismas hari tue..


Aifaa dan Nasuha


Anak teruna yang nak ambik SPM tahun nie.. Asyraf..




Anak daraku..


Till Then..

Cerita2 Semasa Balik Kampung..

Selasa.. 3hb May 2011

Salam semua.. kalau ikutkan hari nie la hari yang ke 40 hari Arwah Mak Ita.. namun abang Ita (yom) dah buat kenduri tu lebih awal pada 28hb April 2011 yang lepas bertempat di Masjid Balai Polis Batu Gajah.. Alhamdulillah ramainya juga yang hadir..

Dah selesai dah kenduri untuk kedua ibu bapa kami Allahyarham Saad Bin Hj. Long dan Allahyarhammah Che Siah binti Hj. Ahmad..

Balik kampung ari tue in stead balik ke Siputeh, Ita balik ke Chemor, tidur sana semalam, pastu petang Ahad tu Ita balik ke Siputeh, tup2 jumpa plak Abang no-2 Ita (nyah) kat kedai makan, awalnya nyah kata tak nak balik.. so tidoq la kat umah dier, ingatkan tak nak tidoq tadi kat Siputeh.. nak pi saja rumah arwah..

Ita pi rumah arwah mak, Amy yang sambut.. hu..hu.. berderai air mata, wajah Amy ceria bila tengok kami balik, la nie dia la yang duk kat umah tue.. Ita masuk umah, lagi la meleleh, masuk plak bilik arwah.. sedihnya.. rasa.. mungkin sebab inilah kali pertama Ita balik rumah selepas arwah meninggal.. Malam tu Ita pi umah yom saja melawat, tak pernah dibuatnya.. hu..hu... sebelum nie kalau mak ada Ita memang kat umah mak jer, yom yang datang... tapi sekarang dah lain, maklum la yom yang paling tua, so sekarang kena ubah sikit..

Pagi Isnin tu, Ita pegi ziarah pusara arwah mak dan abah.. insyaallah nanti Ita akan balik lagi ke kampung...

Till Then...

Situasi Yang Tak Sama..

Jumaat.. 29 April 2011..

Insyaallah kalau takde aral melintang Ita akan balik ke kampung pada esok tengahari, sebab cuti kan, namun keseronokkan balik kampung kali nie tak seperti sebelumnya, kalau dulu tak sabar2 nak balik, 2 hari sebelum pun dah pack baju, pastu dah bincang dengan En. Suami nak balik Siputeh berapa hari, nak balik Chemor berapa hari.. tapi sekarang tak kisah nak balik mana pun dah..

Keadaan yang amat2 berbeza.. sedihnya.. (sambil type sambil bergenang air mata) Ya Allah kuatkan hatiku Ya Allah..)

Buat Nor dan Ida, kami balik kali nie, tak dapat melawat tau, kami akan balik lagi purposely nak lawat korang berdua tau... insyaallah takde apa dalam 14hb May nanti, sebab kali nie ada beberapa perkara yang terpaksa kami settlekan..

Inilah kali pertama Ita balik selepas arwah mak meninggal, tak tau macam mana la nanti.. takde dah siapa nak lambai kat pintu pagar masa kami nak balik KL, takde dah siapa yang sambut kami balik dari KL, takde dah masakan2 mak untuk kami.. sedihnya..

Till Then..

Genap 6 tahun..

Jumaat.. 29 April 2011..

Pada 24hb April, Ahad lepas genap 6 tahun arwah abah Saad bin Hj. Long meninggalkan kami.. semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan arwah bersama-sama orang yang beriman.. Amin..

Till Then..

Sekejap Saja Masa Berlalu...

Jumaat.. 29 April 2011..

Hari nie dah masuk hari ke 37.. arwah mak Che Siah Binti Hj. Ahmad meninggalkan kami sekeluarga.. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah bersama-sama orang-orang yang beriman.. kalau mana-mana kawan-kawan yang masih belum tahu, Mak Ita telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mar 2011 jam 3.45 petang.. bersamaan dengan hari Jumaat..

Berat hati Ita nie nak menerima pemergiannya, namun Ita percaya ini adalah ketentuan Allah SWT, dan sudah tiba masanya mak pergi meninggalkan kami.. sedihnya sampai sekarang Ita rasa.. mak paling rapat dengan Ita apa jua persoalan baik kecik sampailah ke besar semua Ita citer..

Terima kasih pada teman-teman rapat my BFF yang sering kali hantar sms dan call sepanjang arwah terlantar di hospital Ipoh bertanya khabar.. Sayang korang semua, Yanti, Nor, Ida, Atun dan Noorzi...

Till Then..

Citer tertunggak!!!

Khamis.. 27 Januari 2011

Inilah citer2 tertunggak yang ada dlm lappy Ita nie, banyak citer tapi tengok angin broadband nie whether, leh upload gambar ke tidak, sib baik mood dier baik leh plak nak upload gambar, yang nie sebenaqnya kat Sunway Pyramid masa cuti sekolah yang lepas, saja bawak depa gi ronda2 kat sana dan lepas dahaga kat sini.. Enjoy!!

Order2 share 4 owang..
Aifa tukang amek gambaq suha tukang posing

Hmm.. sedapnyer..



Asyraf tengah minum gak..


Minah posing nie..
Till then..




Salam siaran...

Khamis.. 6 Jan 2011

Ya Allah lamanya tak update blog nie.. banyak citer tapi semuanya terperuk dalam lappy nie ha, dengan gambar dan sebagainya..

Bayangkan last update Nov 2010, nie dah masuk 2011 dah ha.. sepanjang cuti sekolah baru2 nie Ita memang sibuk tahap gaban, sebabnya anak2 sedara Ita, Aifaa dan Asyraf duk kat umah sepanjang cuti sekolah, so apalagi maksunyer pun sibuk ar dengan memasak dan juga sebagainya, jgn harap nak tengok lappy tak sempat langsung..

nanti ar senang2 sikit Ita akan update bergambar yer, setakat nie terima dulu coretan suka suki ini..

Till Then...

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers