Baru ada masa nak bersiaran...

Isnin... 12 Mar 2012..

Assalamualaikum..

Lamanya tak bersiaran, ada kira2 6 bulan juga la.. banyak cerita2 yang ada sebenarnya.. tapi memang tak sempat.. Ok kita mulakan dengan rumah Ita, Alhamdulillah rumah yang ditunggu selama 6 tahun lamanya itu telah siap akhirnya, kami sekeluarga dah berpindah semenjak dari 29 Oct 2011 lagi, tu yang agak sibuk sekali tu..

Dengan isu, furniture, kitchen, dan segalanya la, maklum la 1st time masuk umah sendiri, dan selama nie, rumah sewa tu tak pernah Ita beli perabot pun, semua guna yang lama, dan memang semuanya bercadang utk disiapkan semasa pindah ke rumah sendiri nanti.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar, walaupun memang penat giler rupanya pindah rumah nie ya! Ya Allah, tak tau nak citer macam mana, itu pun tak banyak barang yang kami bawa, semua bagi2 kat orang dan furniture lama2 tue bagi pada PBSM, itu pun penat giler dibuatnya..

Nasib baik ada anak2 sedara, adik ipar yang membantu...

Disamping itu berlaku juga insiden 'miscarriage' pada Ita dalam bulan Nov hari tue, so gaya2 nak bersiaran tue memang lah takde.. Mungkin sebab terlalu active sgt, dan mungkin juga takde rezeki kami lagi, Insyaallah.. Kalau ada rezeki tak kemana..

Dan there's one more good news for me, Ita dah dapat kerja baru somewhere di Bandar Puteri Puchong, memang syukur ke hadrat Allah SWT. seperti post Ita sebelum nie, memang inilah yang Ita impikan, ofis yang dekat ngan rumah, nak kata dekat sesangat tu tak ler, still need to travel by car, tapi yang penting takde toll... hu..hu.. Insyaallah Ita akan start 2nd Apr 2012..

Syarikat tue namanya Floor Depot, position Ita sebagai HR Executive.. memang bidang yang sangat2 Ita suka.. Alhamdulillah Ya Allah doaku dimakbulkan...

Dan satu lagi citer baru, En. Suami pun dapat kerja lain gak, startnya dlm bulan Feb 2012 hari tue, kerja nie mengenakan dia untuk travel selalu, hu.. hu.. tinggal le saya dan Nasuha kat umah.. hu..hu..

Tahun nie pun Nasuha sangat bz sbb dia akan mengambil peperiksaan UPSR.... uish.. sibuk nye yer... hi..hi..

Lupa lak nak citer.. one of my pet which we called Mickey. dah hilang, within 1 month after we all pindah to our new house.. sian Mickey..  tinggal le Minnie terkontang konteng sorang2..

Till Then...

Nak Cari Kerja dan Nak Cari Kerja..

Rabu... 28th Sept 2011

Semalam Ita cuti, ada hal yang perlu disettlekan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Ita skang sibuk duk cari kerja lain, kesnya sebab Insyaallah kalau takde aral melintang Ita akan berpindah dalam sebulan dua nie, so, travelling dari rumah Ita ke ofis jauh dan ada tol!! kuik.. kuik...

So Ita pun berfikiran akan cari kerja area2 Puchong, Seri Kembangan atau Putrajaya/Cyberjaya.. hmm.. hmm.. nasib baik study dah nak abis, lagi dua paper jer, hope so dapat la Ita kerja erk, boleh la save sikit kalau tak sakit ooo..

Nasuha memang confirm akan tukar sekolah tahun depan, so dia akan bersekolah di sekolah baru nanti semasa Tahun 6, some where dekat2 dgn umah.. ada dua sekolah dekat2 situ..

Semoga tahun 2012, memberi pengharapan yang baru buat Ita sekeluarga, walaupun masanya agak jauh lagi, dan anything can happen, tapi kita sebagai manusia perlu merancang dan berdoa utk perkara yang terbaik buat kita.

Insyaallah kalau diizinkan Allah SWT, Dia akan kurniakan.. Allah Maha Adil, Maha Mengetahui perkara2 yang terbaik untuk hambaNya...

Amin..

 Till Then..

Suka setting Blog yang baru nie....

Jumaat... 23th Sept 2011

Salam semua.. Jumpa lagi kita yer, Ita nulih kali nie sebab seronok dengan setting baru blogspot nie.. senang dan lebih mudah dari dulu.. Best!! Seronok tengok kawan2 Nor, Yanti dan Ida beraya bersama.. hu..hu.. Ita dan Atun jer yang jauh nie ha, dapat pandang2 dan jeling2 jer... huawah.. huawah....
Takpe insyaallah kalau takde aral CNY nie as usual yer, kita reunion lagi erk...


Till Then...

Selamat Hari Raya 2011...

Jumaat.. 9hb Sept 2011
  
Salam Jumaat kepada semua blogger2, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin... Lamanya tak masuk dan menaip kat sini, tapi apakan daya tak banyak citer sangat la nie.. hi..hi..
Tahun nie raya Ita sunyi tanpa ibunda di sisi, tapi alhamdulillah kami adik beradik masih berkumpul untuk berbuka puasa bersama2 walaupun pada hari raya tue, Ita tak sempat berjumpa dengan abang sulung a.k.a. Yom, kerana dia pulang ke kampung isteri di Taiping..

Ita masih pulang dan tidur di rumah arwah mak, sedihnya masih ada tapi Ita redha akan perkara yang terjadi, bak kata abang Ita kita semua akan menempuhinya, cuma bezanya lambat atau cepat sahaja..
Tahun nie takde lontong mengiringi juadah raya kami seperti kebiasaan, kalau tidak itulah yang menjadi santapan kami adik beradik.. Kenangan bersama arwah mak dan arwah abah masih terpahat di ingatan..
Kebiasaan lemang akan dibeli manakala rendang ayam akan disediakan oleh arwah mak.. lontong menjadi juadah utama..

Raya tahun nie, kakcik beraya di kampung Penang dengan satu-satunya kakak mak yang tinggal iaitu Mak Ngah, bersama Amy, Nyah dan family beraya di Bemban manakala aku dan family beraya di Chemor, raya kedua baru Ita pulang ke Siputeh..
Coretan untuk kali nie tak diselitkan dengan gambar yang akan menyusul kemudian. Cukuplah dulu sekadar tinta untuk bacaan hari muka..
  
Till Then..

100 hari...

Isnin.. 4 July 2011

Pada 2 July ari tue genap 100 hari arwah mak meninggalkan kami.. Semoga Allah SWT menempatkan arwah bersama-sama orang yang beriman..

Insyaallah kenduri akan dibuat dalam masa terdekat nie, Yom pun dah tanyakan untuk buatkan pusara untuk arwah..

Cuma menantikan masa yang sesuai nanti, semoga semuanya berjalan dengan baik.. Insyaallah..

Till Then,

Peristiwa semasa...

Isnin.. 23 May 2011

Salam semua.. Dah seminggu Ita kurang sihat selsema la, batuk la, demam tu kadang2 jer, agak cuaca kot yang menjadi punca utama keadaan nie..

Tekak sakit2 jer.. dah 2 hari makan bubur.. hu..hu.. sedap wey, sesekali makan bubur.. makan lak dengan ikan bilis atau ikan masin dan teluq masin.. pergh.. terangkat..

Sedih sangat semalam bila dengar berita berhubung dengan peristiwa yang menimpa anak-anak yatim yang berada di Hulu Selangor tue.. Al Fatihah dan semoga mereka diletakkan bersama-sama orang2 yang beriman..

Menitik air mata, semasa tengok berita, masa mereka kebumikan 7 orang (kalau tak salah dalam satu liang)

Semoga perkara tersebut di ambil iktibar oleh kita semua tentang kawasan cerun2 bukit nie, macam2 boleh berlaku..

Till Then..

Kehebatan Allah SWT..

Khamis.. 12th May 2011

Allah Maha Besar..

Salam semua.. kita merancang namun Allah SWT yang menentukan.. semalam baru jer Ita dengar berita kat TV, yakni diberitakan keadaan panas yang melandai negara kita sekarang akan berterusan sehingga bulan June.. berdetik dalam hati.. Ya Allah.. lamanya.. dalam seminggu nie panas sungguh, takde hujan langsung, kalau berlarutan sampai bulan June macam mana la agaknya..

Namun Allah SWT Maha Berkuasa, dengan kuasaNya, petang tadi jam 2.30 petang, diturunkan hujan, Alhamdulillah.. sejuk sedikit keadaan.. Itulah namanya kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berdoa, namun Allah sahaja yang menjadikannya.. terasa amat kerdil diri ini disisiNya..

Ya Allah ampunkan dosa kami sekalian hambamu yang lemah ini, yang tidak tercapai akal kami Ya Allah..

Wallahualam...

Till Then..

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers