Jumaat... 4th Jan 2013

Anda pernah lihat logo2 ini??


         


Sekarang nie dah ada macam2 cara berkomunikasi kita, yang berbayar ada, yang free ada.. skang ramai jugak yang pilih untuk berhubung secara percuma, mudah semua di hujung jari anda..

Tapi bagi ibu bapa macam Ita nie yang anak semakin meningkat remaja, memang sentiasa ingatkan diri untuk berbual, menanyakan kegiatan, apa yang dia buat seharian, sapa kawannya, dan Alhamdulillah komunikasi kami berdua masih lagi rapat, so far Nasuha kurang pergaulan luar, harapan ianya akan berkekalan hinggalah besar, bukan Ita control kegiatannya mungkin dari kecil sebab dulu kami nie duk kat apartment, jadi memanglah Nasuha sangat2 kurang keluar berjalan apatah lagi dengan kawan2, kalau nak keluar tue memang dengan Ita atau keluarga terdekat sahaja..

Jadi ianya telah berlarutan sehingga kini, kalau nak keluar setakat dekat bawah2 tue mmg jauh sekali, kalau keluar sekali pun terus ke tempat tertentu sahaja..

Ita tak melarang jika pada masa dan ketikanya dia akan keluar dengan rakan2 perempuannya, cuma kenalah dengan masa dan ketikanya, dan kita perlu tahu dengan siapa dan kemana tujunya mereka..

Ita tak pasti sama ada pendekatan yang Ita ambil ini betul atau salah, namun sehingga kini, Ita selalu menerangkan kepada Nasuha mengapa ada sesetengah itu, Ita tak benarkan dia buat, pergi dan sebagainya..

Sebab kita dulu pernah muda, kita pun pernah teringin nak pakai, nak pergi dan merasai perkara2 yang duk ada sekarang ini, cuma mungkin dulu pendedahan tidak secanggih sekarang..

Tapi bagi Ita dan menerusi pengalaman Ita, kawan2 dan ibu bapa adalah faktor penting dalam mencerminkan siapa kita dan cara kita membawa diri kita..

Alhamdulillah.. my BFF adalah yang terbaik yang pernah Ita dapat sebagai kawan, sehingga kini hubungan kami masih terjalin dan insyaallah akan kukuh hingga hujung nyawa..

Amin..


Till Then..


No comments:

Post a Comment

FAZLY SHAH & ZULITA

Daisypath Anniversary tickers

Nur Arisya Nasuha

Lilypie Kids Birthday tickers