Khamis.. 3rd Jan 2013..
Alhamdulillah.. Masih lagi diberi Allah kesihatan yang baik2 untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga, kawan2, sanak sedara.. Doa Ita untuk tahun 2013 ini, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada Ita sekeluarga..
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.. Sekiranya ianya perkara baik, maka adalah rezeki.. dan sekiranya ianya perkara yang kurang baik, semoga Allah redhakan hati Ita, dan kuatkan semangat, iman Ita untuk menempuhinya..
Sudah 8 tahun Arwah Abah Saad B. Hj. Long meninggalkan Ita sekeluarga, dan sudah 2 tahun Arwah Mak Che Siah Bt. Hj. Ahmad pergi ke hadrat Ilahi..
Semoga roh kedua ibu bapa kami dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan diampunkan segala dosa mereka..
Tahun 2012 meninggalkan Ita dengan banyak kenangan, Ita berpindah 2 tempat kerja, dari Future Text Publications, kemudian ke Floor Depot (selama 5 bulan) dan kini World Health Organisation (WHO).. semoga rezeki Ita kekal di sini.. Amin..
Anak Ita Nur Arisya Nasuha kini telah masuk 13 tahun, makin besar, dan bermaksud dah makin tua kami suami isteri.. Allah belum kurniakan lagi rezeki untuk anak yang kedua, insyaallah mungkin Allah ada perhitunganNya..
Sebagai hamba Ita akan memohon dan berdoa moga2 ada perkara2 istimewa untuk kami sekeluarga..
Encik Suami masih di company yang lama, membuatkan dia terpaksa travel, tapi Ita redha dan ok dengan schedulenya, kerana perginya pun tak lama, orang kata sayang isteri tinggal2 kan.. hi.. hi..
Alhamdulillah.. perkahwinan kami telah hampir 15 tahun, pejam celik pejam celik tak sangka dah sebegini jauh perjalanan hidup kami.. Nak kata kalau tak bergaduh suami isteri tue, tipu la, mesti ada, cuma cara menanganinya yang berbeza.. kalau dulu ita membalas percakapan (when quarrel) tapi kini dah pandai untuk diam dan membisu, biar reda...
Encik Suami pun sama, kami dah sama2 belajar erti bertolak ansur, hormat menghormati dan cuma memahami akan nilai sebuah perkahwinan..
Bukan mudah untuk menerajui alam perkahwinan.. janji suami isteri tersebut, sama2 inginkan yang terbaik untuk keluarga dan anak2, doa yang terbaik kepada Allah, insyaallah ada jalan keluarnya..
Dapatkan nasihat dan panduan dari kawan2 yang benar2 ingin membantu esspecially your BFF yang benar2 kenal kita..
Till Then..
No comments:
Post a Comment